Badik


Kebiasaannya Badik mempunyai rekabentuk yang bermata sebelah, lurus dan tajam. Badik yang bermata melengkung adalah jarang didapati. Begitupun terdapat juga badik yang bermata dua. Bahagian mata badik bermula 1/3 dari hujung matanya yang tirus dan tajam. Panjangnya antara 4 5/8 ke 13 inci, dan lebarnya antara 5/8 ke 15/16 inci. Hulu dan sarung biasanya daripada kayu, tanduk atau gading. Hanya hulu atau sarung dari kayu sahaja yang berukir bunga awan timbul dan di kemaskan dengan kepingan logam. Terdapat perbezaan asas antara tumbuk lada dan badik. Tumbuk lada mempunyai mata yang bahagian belakang tebal dan tirus bermula dari mula ke hujung mata. Manakala badik pula mempunyai tebal yang sama kecuali bahagian hujungnya yang tirus dan tajam.

0 comments:

Post a Comment

Logo KPGRS

Logo KPGRS

Followers